Sunday, May 23, 2004

Siapa kami?

Mungkar - Nangkir... Munqar - Nanqir... tak kiralah macam mana dieja, setiap Muslim pasti sekurang2nya pernah dengar nama kami. Tapi kami bukan malaikat yg datang masa waktu solat dalam kubur, kami dtg masa kamu masih hidup. Yg pasti kamu takkan mahu berjumpa kami, kamu malang kalau ditakdirkan kamu jumpa kami. Kamu boleh dikira bernasib baik kalau kamu cuma menemui versi kami di alam Barzakh.

Bagi kamu yg ingin bertemu kami, dinasihatkan lupakan saja.

Bagi kamu yg tak ingin bertemu kami, ubah perangai. Itulah tujuan blog ni, & sampaikan kpd rakan2 tentang blog ni. Allah, God, Krishna, Adonay, tak kira apa saja nama Tuhan kamu; akan menyayangi kamu selagi kamu di jalan kebaikan.

Bagi kamu yg bakal menemui kami (& bernasib baik utk terbaca blog ni!), kalau masih berpura2 tidak faham apa yg kami perkatakan (kamu hanya menipu diri spt kamu menipu org lain), segalanya akan menjadi jelas masa kita bertemu nanti. Kami tidak akan menasihati atau memujuk kamu, bukan itu tugas kami. Kami muncul sebagai tanda yg ianya dah terlewat utk kamu berubah & hanya kami yg dpt menghentikan kamu. Kami juga tak akan meminta maaf, selain dari tidak menunjukkan belas kasihan & peri kemanusiaan... kenapa kami harus berperi-kemanusiaan sekiranya kamu yang manusia langsung tidak bersikap manusia?

Bagi kamu yg dah terjumpa kami... er..abaikan! Kamu tak mungkin masih boleh baca blog ni!

Jadi dah tau siapa kami...

Di mana kami berada?
Semestinya kamu sangka kami bermula dari Ibunegara sesebuah negara, kemudian ke bandaraya2, dan bandar2, pekan2, kampung2... salah. Di mana kami diperlukan, ditugaskan & ditakdirkan, di situ kami berada. Spt biasa media dlm menyampaikan info mereka juga sampaikan disinfo. Lama kelamaan kamu membaca post blog yg akan datang, kamu akan merasakan ini hanya berlaku dalam bandar2 besar, bukan di kampung kamu. Tapi perlukah kami ingatkan tabiat kamu sendiri? Berapa ramai anak dara kampung yg hilang tapi tak dilapur? Media cuma melapurkan apa yg dilapurkan. Beribu kes2 kehilangan misteri tapi dianggap remeh kerana kekaburan kamu sendiri. Apa yg kamu tak mahu percaya kamu anggap tidak benar. Itulah kamu. Manusia.

Apa tujuan kami di dunia kamu?
Soalan paling mahal. Seperti yg manusia gemar sebut... soalan $1 juta! Kami datang bertujuan khusus. Kami datang utk bertemu dan menebus nyawa mereka yang tertentu saja.

Kenapa baru sekarang kami datang?
Baru sekarang aku ditugaskan untuk menulis blog ini. Jadi baru sekarang kamu tahu. Kami sudah di sini jauh lebih lama dari yang kamu sangkakan.

Jadi kenapa baru sekarang aku dibenarkan menulis?
Dunia sudah tiba akhir zaman. Armageddon. Qiamat. Semua kerana manusia gagal bersyukur.

Kenapa susah sangat kamu nak faham? Semua ugama menyebutnya! Selain berlaku baik, apa lagi yg ditekankan? Klu? Baca & fahami Qur'an, jawapan ada di dalam. Tapi kalau rasa lambat nak jumpa...

Tenguk bendera India. Roda hidup. Wheel of life. Jawapannya disitu.

Buddha ada menyebut tapi disalah erti. Islam tak sebut terang2. Kristian tak percaya sangat...

Kenapa perlu Qiamat? Qiamat tiba bila manusia sudah terlalu ramai yg tidak tunduk kpd Tuhan. Qiamat perlu kerana bila manusia tidak tunduk pada Tuhan, mereka engkar! Manusia engkar bukan saja membahayakan nyawa sendiri, keluarga & org lain, tapi juga makhluk Tuhan yg lain.

Kenapa aku tidak menggunakan terma - "nyawa mereka yg tidak berdosa"? {Kalau sebut mereka ini membahayakan nyawa yang tidak berdosa, kamu sering bayangkan nyawa itu sebagai nyawa kanak2.. kamu sentiasa terlupa yg manusia yg kecil bila dewasa masih boleh menjadi org yg penuh berdosa. Begitu juga dengan org tua, kehidupannya yang lampau hanya Tuhan yg tahu. Wanita? Dalam kategori tidak berdosa? Hawa yg memujuk Nabi Adam!} Jadi bila aku sebut "makhluk Tuhan yg lain", aku maksudkan makhluk lain selain dari kamu manusia. Aku maksudkan haiwan, serangga, tumbuh2an... mereka ni sebenarnya tidak berdosa. Mereka yg menjadi mangsa kekejaman & kejahilan manusia.
Balik kepada topik Qiamat...

Sebagai ringkasan... bayangkan dunia sbg sebuah PC. Manusia sebagai fail2 (files). Bila dah selalu sangat PC "hang" (PC tak mahu berfungsi), pilihan kamu yg terakhir? Format hard-disk. Cuma bezanya, files tidak di save. Atau dengan kata lain... bila dah terlalu banyak yg sepatutnya beriman & beribadat kepada Tuhan, mereka ni lah juga yg engkar; memang dah tiba masanya Tuhan format hard-disk dan mula semula dari 0, 1, 2, 4...

Jadi, beramal & beribadat kerana Tuhan kamu, diri kamu, org yg kamu kasihi, dan manusia amnya. Kamu perlukan doa sesama kamu. Amat memerlukan...

Kami harap kami tidak menghina sesiapa.
Kami harap kami tidak menakutkan sesiapa.
Kami harap kami tidak mengecewakan sesiapa.
Kami harap kami tidak memperkecilkan sesiapa.

Andai kata kamu terjumpa blog ini, anggaplah yg Tuhan masih sayang pada kamu. Hebahkan. Ikuti perkembangan. Pelajari teladan yg tersirat.

Tanpa kamu sedari, mungkin itu akan menghindarkan kita dari bertemu.